Tuesday, August 4, 2015

Bulan Ogos - 6 bulan usia kehamilan saya

Alhamdulillah ,

SYukur masih dipanjangkan umur untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan yang maha agong ini..
Perut dah makin membesar dan malam dah semakin tidak  setenang selalu. si kecik ni suka pulak main malam-malam. susah mak nak tidur wahai anak.

Malam tadi malam paling tak selesa, nak tidur macam susah nak bernafas. tersekat-sekat. tukar posisi pun tak dapat nak  meredakan kesemputan itu.. last sekali duduk tepi katil minum air , pergi tandas ( pundi kencing penuh dalam masa tak sampai 5 minit)  .. nak kejut suami yang lena tidur tak sampai hati pulak. nak taknak terpaksa kejutkan jugak.. kesian encik suami ..

tapi itulah ajaibnya sentuhan suami usap belakang berjaya juga tidur  walaupun sekejap.rasa setenang-tenangnya.. dalam masa yang sama, sayunya lah hai hati.. terima kasih suami. sanggup bangun demi nak bagi isteri tidur selesa..

Si kecik tak gerak sangat. penat bermain agaknya.

perkembangan fetus 6 bulan

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 35.6sm. Beratnya lebih sedikit daripada 760g. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh kerana bayi anda membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit

http://www.babycenter.com.my/a1044291/perkembangan-fetus---hamil-26-minggu#ixzz3huIG8VSw



Sepanjang kehamilan saya mengamalkan pati delima, madu , vitamin Shaklee seperti VItalea Iron formula, Omega Guard,dan B complex. selain itu ESP dan susu kambing serta Ostematrix untuk keperluan kalsium dan protein untuk badan.



No comments:

Post a Comment