Monday, August 17, 2015

7 months pregnancy of HamkaNina Junior


Dah genap 7 bulan usia kandungan kami :)  Hamka Jr. dah makin aktif bergerak dalam perut. paling dia suka mengeras. Stretching kot kat dalam tu .sampai senget2 perut mak. hehe.. 


Apa yang saya rasa bila kandungan masuk 7 bulan?

1. kaki mula membengkak.. jadi posisi tidur memang totally berubah ( kaki kena tinggi ) .. ambil masa lama nak kempis. tapi bile berdiri or duduk tak sampai 5 minit dah bengkak balik. but i am getting used to it. termasuklah hidung pipi semua jadi sembab :) 

2. tangan bengkak juga! sakit bila menggenggam, rasa macam kena arthritis tapi .. tak tahu lah.. hopefully it is just happen due to the pressure of water content in the body. bertahan ye wahai badan. untuk anak jugak. huhuhu. 

3. naik tangga mengah sangat.. mudah penat dan mudah mengantuk. malam pun mula tak cukup tidur. nice experience though... and i'll appreciate every single second of it. 


Ok nak share mengenai HB ..  Tahu tak HB ni sangat penting ketika mengandung. kalau HB level kita kurang, mungkin akan banyak komplikasi akan berlaku semasa proses bersalin nanti. antaranya

1. bayi boleh gugur - kurang oksigen
2. boleh tumpah darah semasa melahirkan - boleh mengakibatkan kematian ibu.
3. boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.

itu antara risiko2  tetapi , ada je ibu2 yang low HB  selamat melahirkan bayi2 mereka. jadi semuanya dengan kuasa ALLAH.. kita cuma berjaga2. ikut cakap doktor ya :) 

sekarang ni untuk mengekalkan HB saya , saya cuba untuk pantang caffein ( terutama kopi! ) . haritu check dekat Klinik 1 malaysia , HB drop 9.8 tapi bila check klinik naik pulak 11.4 ..  ada juga false result disebabkan machine check darah tu sendiri. jadi kalau korang makan ubat dengan betul , insyaALLAH. yakinlah ye. 


sekarang saya mengamalkan iberet folic 500 ,  Vit C shaklee, Vitalea Shaklee, 
b Complex Shaklee .




Kenapa pilih SHaklee? sebabnya saya yakin Shaklee selamat untuk diamalkan dan berkesan untuk saya.  stok Omega dan Vitamin C dah nak habis, kena beli untuk simpan stok ni :)  siapa nak kulit cantik dan mengurangkan jerawat boleh amalkan sustained release vitamin C. setelah hampir 2 tahu amalkan vitamin C Shaklee ni , puas hati sangat jerawat kecil dah tak ada.. yang besar pun segan nak menyinggah.


 next check up 25 august.. hopefully HB okay . yang penting  baby dalam perut membesar bagai juara. hihihi.. 

if anyone nak tahu tentang supplement shaklee boleh whatsapp Nina ye.kita sharing2. 

WA/Telegram : 0127787012





Thursday, August 6, 2015

Ostematrix untuk keperluan Kalsium ibu mengandung



Bagi ibu mengandung banyak keperluan nutrisi yang perlu diambil bagi memastikan ibu membekalkan nutrisi yang cukup untuk fetus dalam kandungan. Makan 4 -5 kali sehari cukup tapi makan makanan yang tidak berkhasiat pun tak boleh jadi jugak.. Macam makan nasi tapi dengan lauk yang kurang berkhasiat .. tak memadai..  jadi ibu mengandung sangat diwajibkan untuk mengambil makanan yang seimbang merangkumi sayuran, buah-buahan dan karbohidrat.

Salah satu keperluan yang penting adalah Kalsium . Fetus yang membesar sangat memerlukan kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

Untuk saya , selain minum Susu Wildan , saya mengambil supplement Shaklee iaitu Ostematrix.
Ostematrix membekalkan keperluan kalsium yang mencukupi untuk 100% pengambilan harian kita.Sumber Kalsium ostematrix berasal dari sumber semulajadi  iaitu campuran   "calcium carbonate" ynag kebanyakan boleh didapati dalam batu kapur, limestone, marmar , serta "calcium citrate" yng mempunyai kadar serapan tinggi dan "calcium phosphate".

Ostematrix membekalkan ;


  • 1000mg  sumber kalsium semulajadi  yang berkepekatan tinggi dan mudah diserap
  • 400mg Magnesium untuk membantu penggabungan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400 IU vitamin D untuk meransang penyerapan kalsium 
  • terbukti secara klinikal : pengambilan 2 kaplet menunjukkan kenaikan kalsium dalam darah dalam masa 12 jam.
  • "calcium citrate" mencegah sembelit yang mungkin disebabkan oleh sumber kalsium yanng lain ( contoh sumber dari tulang )
  • Kaplet Ostematrix sangat mudah untuk di telan.

Kesan positif pengambilan Ostematrix

  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas dengan pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur.
  • Menguatkan tulang kerana kalsium menghalang osteoperosis dan merawat tulang retak.
  • Meringankan stress kerana kalsium adalah penenang saraf. melegakan kejang otot
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sesuai untuk pesakit gastrik.
  • Mengekalkan tekanan darah normal.
  • "sleep booster"

pengambilan 4 biji sehari. 
jika ada mengambil susu boleh kurangkan pengambilan kepada 2 biji sehari.


berminat  boleh whatsapp/Telegram 
0127787012
NINA SID 927125
COD : Sri Stulang dan Skudai.




Tuesday, August 4, 2015

Bulan Ogos - 6 bulan usia kehamilan saya

Alhamdulillah ,

SYukur masih dipanjangkan umur untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan yang maha agong ini..
Perut dah makin membesar dan malam dah semakin tidak  setenang selalu. si kecik ni suka pulak main malam-malam. susah mak nak tidur wahai anak.

Malam tadi malam paling tak selesa, nak tidur macam susah nak bernafas. tersekat-sekat. tukar posisi pun tak dapat nak  meredakan kesemputan itu.. last sekali duduk tepi katil minum air , pergi tandas ( pundi kencing penuh dalam masa tak sampai 5 minit)  .. nak kejut suami yang lena tidur tak sampai hati pulak. nak taknak terpaksa kejutkan jugak.. kesian encik suami ..

tapi itulah ajaibnya sentuhan suami usap belakang berjaya juga tidur  walaupun sekejap.rasa setenang-tenangnya.. dalam masa yang sama, sayunya lah hai hati.. terima kasih suami. sanggup bangun demi nak bagi isteri tidur selesa..

Si kecik tak gerak sangat. penat bermain agaknya.

perkembangan fetus 6 bulan

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 35.6sm. Beratnya lebih sedikit daripada 760g. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh kerana bayi anda membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit

http://www.babycenter.com.my/a1044291/perkembangan-fetus---hamil-26-minggu#ixzz3huIG8VSw



Sepanjang kehamilan saya mengamalkan pati delima, madu , vitamin Shaklee seperti VItalea Iron formula, Omega Guard,dan B complex. selain itu ESP dan susu kambing serta Ostematrix untuk keperluan kalsium dan protein untuk badan.