Monday, August 17, 2015

7 months pregnancy of HamkaNina Junior


Dah genap 7 bulan usia kandungan kami :)  Hamka Jr. dah makin aktif bergerak dalam perut. paling dia suka mengeras. Stretching kot kat dalam tu .sampai senget2 perut mak. hehe.. 


Apa yang saya rasa bila kandungan masuk 7 bulan?

1. kaki mula membengkak.. jadi posisi tidur memang totally berubah ( kaki kena tinggi ) .. ambil masa lama nak kempis. tapi bile berdiri or duduk tak sampai 5 minit dah bengkak balik. but i am getting used to it. termasuklah hidung pipi semua jadi sembab :) 

2. tangan bengkak juga! sakit bila menggenggam, rasa macam kena arthritis tapi .. tak tahu lah.. hopefully it is just happen due to the pressure of water content in the body. bertahan ye wahai badan. untuk anak jugak. huhuhu. 

3. naik tangga mengah sangat.. mudah penat dan mudah mengantuk. malam pun mula tak cukup tidur. nice experience though... and i'll appreciate every single second of it. 


Ok nak share mengenai HB ..  Tahu tak HB ni sangat penting ketika mengandung. kalau HB level kita kurang, mungkin akan banyak komplikasi akan berlaku semasa proses bersalin nanti. antaranya

1. bayi boleh gugur - kurang oksigen
2. boleh tumpah darah semasa melahirkan - boleh mengakibatkan kematian ibu.
3. boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.

itu antara risiko2  tetapi , ada je ibu2 yang low HB  selamat melahirkan bayi2 mereka. jadi semuanya dengan kuasa ALLAH.. kita cuma berjaga2. ikut cakap doktor ya :) 

sekarang ni untuk mengekalkan HB saya , saya cuba untuk pantang caffein ( terutama kopi! ) . haritu check dekat Klinik 1 malaysia , HB drop 9.8 tapi bila check klinik naik pulak 11.4 ..  ada juga false result disebabkan machine check darah tu sendiri. jadi kalau korang makan ubat dengan betul , insyaALLAH. yakinlah ye. 


sekarang saya mengamalkan iberet folic 500 ,  Vit C shaklee, Vitalea Shaklee, 
b Complex Shaklee .




Kenapa pilih SHaklee? sebabnya saya yakin Shaklee selamat untuk diamalkan dan berkesan untuk saya.  stok Omega dan Vitamin C dah nak habis, kena beli untuk simpan stok ni :)  siapa nak kulit cantik dan mengurangkan jerawat boleh amalkan sustained release vitamin C. setelah hampir 2 tahu amalkan vitamin C Shaklee ni , puas hati sangat jerawat kecil dah tak ada.. yang besar pun segan nak menyinggah.


 next check up 25 august.. hopefully HB okay . yang penting  baby dalam perut membesar bagai juara. hihihi.. 

if anyone nak tahu tentang supplement shaklee boleh whatsapp Nina ye.kita sharing2. 

WA/Telegram : 0127787012





Thursday, August 6, 2015

Ostematrix untuk keperluan Kalsium ibu mengandung



Bagi ibu mengandung banyak keperluan nutrisi yang perlu diambil bagi memastikan ibu membekalkan nutrisi yang cukup untuk fetus dalam kandungan. Makan 4 -5 kali sehari cukup tapi makan makanan yang tidak berkhasiat pun tak boleh jadi jugak.. Macam makan nasi tapi dengan lauk yang kurang berkhasiat .. tak memadai..  jadi ibu mengandung sangat diwajibkan untuk mengambil makanan yang seimbang merangkumi sayuran, buah-buahan dan karbohidrat.

Salah satu keperluan yang penting adalah Kalsium . Fetus yang membesar sangat memerlukan kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

Untuk saya , selain minum Susu Wildan , saya mengambil supplement Shaklee iaitu Ostematrix.
Ostematrix membekalkan keperluan kalsium yang mencukupi untuk 100% pengambilan harian kita.Sumber Kalsium ostematrix berasal dari sumber semulajadi  iaitu campuran   "calcium carbonate" ynag kebanyakan boleh didapati dalam batu kapur, limestone, marmar , serta "calcium citrate" yng mempunyai kadar serapan tinggi dan "calcium phosphate".

Ostematrix membekalkan ;


  • 1000mg  sumber kalsium semulajadi  yang berkepekatan tinggi dan mudah diserap
  • 400mg Magnesium untuk membantu penggabungan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400 IU vitamin D untuk meransang penyerapan kalsium 
  • terbukti secara klinikal : pengambilan 2 kaplet menunjukkan kenaikan kalsium dalam darah dalam masa 12 jam.
  • "calcium citrate" mencegah sembelit yang mungkin disebabkan oleh sumber kalsium yanng lain ( contoh sumber dari tulang )
  • Kaplet Ostematrix sangat mudah untuk di telan.

Kesan positif pengambilan Ostematrix

  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas dengan pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur.
  • Menguatkan tulang kerana kalsium menghalang osteoperosis dan merawat tulang retak.
  • Meringankan stress kerana kalsium adalah penenang saraf. melegakan kejang otot
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sesuai untuk pesakit gastrik.
  • Mengekalkan tekanan darah normal.
  • "sleep booster"

pengambilan 4 biji sehari. 
jika ada mengambil susu boleh kurangkan pengambilan kepada 2 biji sehari.


berminat  boleh whatsapp/Telegram 
0127787012
NINA SID 927125
COD : Sri Stulang dan Skudai.




Tuesday, August 4, 2015

Bulan Ogos - 6 bulan usia kehamilan saya

Alhamdulillah ,

SYukur masih dipanjangkan umur untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan yang maha agong ini..
Perut dah makin membesar dan malam dah semakin tidak  setenang selalu. si kecik ni suka pulak main malam-malam. susah mak nak tidur wahai anak.

Malam tadi malam paling tak selesa, nak tidur macam susah nak bernafas. tersekat-sekat. tukar posisi pun tak dapat nak  meredakan kesemputan itu.. last sekali duduk tepi katil minum air , pergi tandas ( pundi kencing penuh dalam masa tak sampai 5 minit)  .. nak kejut suami yang lena tidur tak sampai hati pulak. nak taknak terpaksa kejutkan jugak.. kesian encik suami ..

tapi itulah ajaibnya sentuhan suami usap belakang berjaya juga tidur  walaupun sekejap.rasa setenang-tenangnya.. dalam masa yang sama, sayunya lah hai hati.. terima kasih suami. sanggup bangun demi nak bagi isteri tidur selesa..

Si kecik tak gerak sangat. penat bermain agaknya.

perkembangan fetus 6 bulan

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 35.6sm. Beratnya lebih sedikit daripada 760g. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh kerana bayi anda membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit

http://www.babycenter.com.my/a1044291/perkembangan-fetus---hamil-26-minggu#ixzz3huIG8VSw



Sepanjang kehamilan saya mengamalkan pati delima, madu , vitamin Shaklee seperti VItalea Iron formula, Omega Guard,dan B complex. selain itu ESP dan susu kambing serta Ostematrix untuk keperluan kalsium dan protein untuk badan.



Sunday, July 12, 2015

Bulan Julai , kelahiran semula??

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Boleh dikatakan  dah 3 bulan Blog ni tak berusik. Agak tak beristiqamah di situ. sebelum ni tujuan blog ini untuk mempromosikan online product yang saya jual. bila nak update , ada saja yang menghalang. mood pun tak ada. hah, alasan saja kan?  hehehe.. tapi tak apa, kita bermula semula. bagaikan kelahiran semula hidup blog ini. Blog ini akan menjadi  tempat untuk saya kongsi info tentang makanan tambahan, hobi , atau apa2 sahaja yang boelh memberi manfaat kepada semua orang termasuk diri saya.


 Saya adalah agen bagi produk- produk berikut.


Shaklee
Susu Kambing Wildan
Freemie
Spectra 9+
Sambal Hitam Pahang

haa banyak kan. hanya sambilan untuk melatih diri berniaga sikit-sikit. tak mudah dan tak susah, nasib ada suami yang menyokong. dan Allah yang maha mengetahui dan menghantar customer2 kepada saya. terima kasih ALLAH.

COD di kawasan Sri stulang  , permas jaya , Pelangi. apa-apa pun boleh arrange ye. boleh juga COD  di skudai sebab dekat dengan office ;) . ini untuk product Wildan ,Shaklee dan sambal hitam sahaja.
untuk product freemie dan spectra akan menggunakan khidmat pos ye .



OK,  kali ni kita tunjuk promo Shaklee dulu. later kita tunjuk promo product lain pulak ye. Ingin Sihat dan Cantik dengan Shaklee, boleh hubungi saya di 0127787012.

~ Wassalam ~












Monday, March 16, 2015

Hadiah terindah Anniversary kedua


Tahun ini adalah tahun kedua saya dan suami di satukan sejak 29/3/2013 .. Alhamdulillah saya sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang baik penyabar. dialah jodoh dari Allah.. Saya sangat berterima kasih kepada ALLAH atas kurniaNya....

Sedang menunggu hari ulangtahun kami.. saya tercari-cari apa yang saya nak plan pada hari tersebut.. hadiah apa untuk suami :) .. tapi tak sangka pula.. Allah beri kami berdua hadiah yang tak ternilai..
6/3/15 - tarikh yang tak dapat saya lupa .. 

period delay 5 hari.. berserta muscle cramping yang datang dan pergi.. okay pelik sebenarnya sebab tak pernah rasa macam tu sebelum ni.. tergerak hati nak scan  cycts ovari kiri hari sebelumnnya tapi tak jadi..  keesokannya saya keluar makan dengan 2 staff BP , tergerak hati masuk guardian dan beli UPT.. balik office terus test.. double line!! terus balik rumah. . Siap SMS suami " jangan main bola, jangan ke mana2" ... sampai rumah terus jumpa suami dan tunjuk UPT tu .. gembiranya bila tengok suami senyum sampai ke telinga..  Alhamdulillah , penantian yang sangat manis. dengan usaha yang pelbagai.. ALhamdulillah syukur ALLAh.. sekarang saya dah 6 minggu membawa ahli syurga dalam rahim saya.. dan saya akan jaga dengan nyawa saya. insyaALLAH.


our baby :) ninahamkaJR

Tuesday, March 3, 2015

ESP - Grab while it is still March!

Promo Bulan March 2015 BEST!

Kepada semua penggemar ESP , this is the right time for you to grab 1 set. buy 6 free 1 or.. boleh juga beli 2 canister jimat 5%.





ESP berbeza dengan minuman soya lain di pasaran. ini kerana ESP mengandungi 9 jenis amino asid yang diperlukan badan untuk membentuk sel2 rambut.. sel darah .. tahu tak anda asas kepada badan kita adalah protein? dan kesembilan amino asid ini mesti..MESTI ada pada waktu yang sama untuk menjalankan fungsinya sebagai asas pembentukan sel2 badan kita.


Ramai orang yang telah mendapat kbaikan hasil konsisten mengamalkan esp ni. Mak saya pun teruja nak minum ESP bila tengok salah seorang pekerja nya mempunyai kulit yang sangat cantik.. selepas 6 bulan minum ESP. jangan bimbang, satu canister boleh bertahan sehingga 2-3 bulan.


Salah satu testimoni yang dikongsi oleh pengguna ESP.. mulanya beli untuk suami bagi tujuan menurunkan berat badan ( minum ESP akan rasa kenyang dan membuatkan kita makan lebih sedikit)
selepas mengamalkan ESP, bukan sahaja dapat menguruskan badan, kulit cantik dan bertenaga.

ESP juga sesuai diminum oleh penghidap diabetis sebab mempunyai G.I yang rendah. 

Nanti saya kongsikan pengalaman ibu saya consume Shaklee and she is falling in love with Shaklee. 

Untuk maklumat lanjut, boleh contact saya di 0108762788 ( call/sms) / 0127787012 ( whatsapp / telegram) 



Always Safe, Always Green = SHAKLEE

Saya suka makanan organik.. kalau boleh yang tak melibatkan bahan2 kimia atau pewarna berlebihan atau perasa tambahan..  tapi kita tak boleh lari dari semua makanan2 tu.. contoh daging yang di process, sausage..sayur-sayuran yang ditanam  sedikit sebanyak mesti ada punya bahan2 kimia yang disembur atau digunakan..  

Kita memang tak boleh elakkan yang itu jadi kena ambil alternatif lain.. iaitu mengambil supplement untuk kesihatan badan kita :) dalam banyak2 supplement kenapa saya pilih shaklee? at first saya mempunyai tanggapan yang biasa je dekat Shaklee ni.. tapi bila saya sendiri dah consume.. hasil memang berbeza.. kulit saya dan  kesihatan saya bertambah baik,, alhamdulillah, 





Dah banyak supplement untuk kulit saya dah cuba.. Shaklee gave me the desired result. saya tahu, faham fungsi supplement yang saya makan..I do feel very thankful for being introduced with Shaklee.


Anda nak kenal dengan supplement shaklee ?
Saya boleh kenalkan.. :) 


SID 927125
SMS : 0108762788/whatsapp 0127787012






Sunday, February 15, 2015

Iron intolerance - Alternatif untuk ibu hamil HB rendah

HI semua ,

Salam Hari Isnin .

Rasanya memang lama tak update blog ni. almaklumlah banyak pulak breakdown yang saya kena attend bulan ni. tapi itu tak stopkan saya dari  membantu customer2 Shaklee , Susu Kambing Wildan dan Sambal Hitam Pahang.

OK topik entry kali ni berkenaan ibu hamil yang mempunyai masalah HB rendah tidak boleh consume iron tablet atau  supplement yang mengandungi Iron. Saya ada seorang Customer Susu Kambing Wildan yang tidak boleh consume iron. kalau makan dia akan muntah2 sampai lembik.

Jadi , customer saya ni  cuba Susu Kambing Wildan dan HB dia bertambah Okay. Alhamdulillah sekarang ni customer saya pun dah konsisten minum susu Kambing Wildan.

Untuk Supplement Shaklee , jika ibu hamil mempunyai HB yang renda, kita akan galakkan dia untuk mengamalkan Vitalea iron formula sebanyak 4 biji sehari. terbukti mampu meningkatkan level HB .
lebih bagus digandingkan dengan B-Complex shaklee yang turut diperkaya dengan asid folik.

Set Ibu Hamil

Untuk yang tidak boleh mengambil iron , anda boleh mencuba alternatif Susu Kambing Wildan dan B-Complex .




Pada mulanya saya pelik jugak macam mana susu Kambing ni boleh membantu menaikkan HB ibu hamil. ini kerana , dalam Susu Kambing ada Riboflavin. 

Daripada sumber internet : 

Riboflavin is also needed to help the body change vitamin B6 and folate into forms it can

 use. It is also important for body growth and red blood cell production.

Nampak tak?, itu lah sebabnya susu Kambing juga membantu naikkan bacaan HB :) 



Untuk pengetahuan anda , Riboflavin adalah Vitamin B2 yang terdapat dalam B-Complex shaklee.
Fungsi Riboflavin ni sangat penting untuk membantu badan kita menukarkan Folate ( asid folic ) dan Vitamin B6 kedalam bentuk yang boleh digunakan badan kita. 

Jadi selepas ni ibu Hamil atau sesiapa yang allergik dengan Iron , boleh mencuba B-Complex shaklee  atau Susu Kambing Wildan ye. Jangan risau dah okay .

Itu sahaja untuk perkongsian saya pada hari ini.. jika ada yang nak berkongsi pendapat boleh tinggalkan komen dan kita boleh bertukar pendapat. thanks for reading. 

Jika ada pertanyaan boleh hubungi saya 

Nina
SID 927125
0108762788





Monday, January 26, 2015

Simpul biawak reda dengan Ostematrix

Assalamualaikum and Good morning to all readers, 

HOpefully semua dalam keadaan yang baik, Sihat  dan ceria. Cuba amalkan hari anda dimulakan dengan senyuman.. insyaALLAH akan jadi yang baik-baik sahaja.




Hari ni saya sangat happy sebab dapat close order 1 Ostematrix Shaklee. Kawan saya nak cari Kalsium yang ada Vitamin D  sekali. tahukah anda yang VItamin D sangat penting dalam menyokong penyerapan kalsium yang optimum? tak tahu? kini anda dah tahu wahai readers semua :) 


dalam Ostematrix ada kedua-duanya. dan ia didatangkan dalam bentuk CAPLETS.Tahu tak caplets itu adalah gabungan CAPsule dan tabLETS ? caplets lebih senang ditelan dan kadar serapan /larutan lebih baik dari tablet. Kalau nak tahu Ostematrix jugak boleh redakan gejala simpul biawak. 

kenapa simpul biawak ni terjadi? 

Kepada wanita Hamil ;
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
  • Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
Apa langkah yang perlu diambil jika  anda terkena  'simpul biawak' ini?
  • 1) Buat sedikit regangan sampai rasa sakit hilang. 

  • 2) Urutan lembut juga boleh membantu ( urut dengan krim yang sedikit berangin seperti herbal blend Shaklee.

Kepada wanita tidak Hamil ;
  • banyak berjalan, banyak driving ,kurang bersenam dan tentunya kurang kalsium :)---> Otot kejang

Macam mana Ostematrix membantu?!!

 Ostematrix akan memainkan peranan untuk membekal Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang mencukupi untuk ibu dan bayi yang dikandung. dan Juga wanita-wanita yang aktif diluar sana dan mengurangkan gejala simpul biawak.



Pengalaman saya sendiri dengan simpul biawak sebab saya memang banyak travel. kaki kiri asyik menekan clutch ( saya bawa manual ) . esok paginya saya  kena simpul biawak. sakit sangat.. malamnya sebelum tidur saya telan 4  ostematrix dan tidur. keesokan harinya dah tiada simpul biawak. sejak amalkan ostematrix setiap malam, setakat ni tak ada lagi. alhamdulillah, 

Berminat nak mencuba? boleh hubungi saya di 0108762788 atau email neenotzs@gmail.com.

Nina 
SID 927125
sms/whatsapp 0108762788.



Thursday, January 22, 2015

Wedding: Oya & Khidir

Dear all readers,

Yesterday was a very happy day for my dear Friend Oya. She finally ties the knot with her beloved husband Khidir.. Alhamdulillah ..  all my prayers will be your happiness and enjoy married life. of course everything will change but it will be a good change . take care dear sweet  friend.

here are some pictures to share ;



We wish you happiness until jannah .. 
Ameen

5 Manfaat Alfalfa dan saya pilih alfalfa Complex dari Shaklee

Assalamualaikum kepada semua readers,

pernah tak korang semua mengalami masalah kulit kusam, berminyak , banyak jerawat dan keputihan? Dahulu saya mengalami semua di atas. tapi itu dulu tau , sekarang tak lagi. selepas saya mengenali Shaklee , saya mencuba produk Alfalfa. yes this is my first supplement product, kenapa saya pilih alfalfa, sebab dia banyak khasiat dan MURAH!! dan ia berkesan,




antara 5 Manfaat alfalfa yang saya rasai sendiri :

1. Kulit wajah saya dah kurang berminyak ( banyak kurang) tak perlu nak guna pengelap serap minyak lagi

2. jerawat segan sangat nak timbul. kalau ada pun seketul dua time nak menstruation

3. masalah wanita seperti keputihan dah hilang. dulu 2 ,3 pantyliner kena pakai sehari.sekarang tak lagi :)

4. pernah dengar alfalfa bertindak seperti kacip fatimah? memang tak mengecewakan

5. sangat melawaskan dan gusi saya dah tidak berdarah seperti dulu..


Bersyukur ditemukan dengan alfalfa complex dan saya pilih Shaklee sebab shaklee is always Green , always Safe and Always works. it works for me.
Anda nak cuba? ingin tahu lebih lanjut dan dapatkan Alfalfa dengan harga jimat.

boleh hubungi saya ye
Nina SID 927125

Sunday, January 18, 2015

Selepas 2 Minggu menahan sakit


Assalamualaikum to all readers,  Good morning to all and its MONDAY!!! 

Mari mulakan hari Isnin dengan senyuman.. bukan Monday blues okay . selalunya orang akan mengeluh when it comes to Monday. But  I choose to smile WIDELY and A LOT because i wanted to share a very nice info/sharing to all.. 

Untuk pengetahuan semua saya jenis orang yang suka cuba dan try dan test ( haha sama je kan ) produk produk kecantikan yang ada di pasaran. dalam banyak2 tu saya  tergerak hati untuk konsisten dengan shaklee.  sebelum ni saya hanya mengamalkan alfalfa dan Alfalfa membantu mengurangkan  minyak pada kulit saya dan mengurangkan gejala keputihan .

Ok back to the title.. kenapa 2 minggu menahan sakit?  2 minggu itulah  bukan seketul tapi 2 ketul jerawat yang sangat amat degil bermastautin di tepi hidung..dah lah merah , sakit.. picit tak nak keluar ..jerawat ni mungkin  tanda healing crisis saya detoks dengan DTX complex shaklee ..lihat entry ni link

 dah geram sangat saya pun terus fokus set kulit Shaklee iaitu Vit C , Vit E dan ESP. gabung sekali dengan Alfalfa..  hah jangan terkejut Alfalfa boleh dijadikan masker..  best masker ever :) increase dosage Vit C kepada 4 biji sehari.. Vit E 2 biji sehari , Alfalfa 10 biji sehari, masker alfalfa setiap malam.

Selepas seminggu saya amalkan set kulit di atas, jerawat tu macam ada isi yang keras boleh dikeluarkan dengan mudah.. dan akhirnya dah tak sakit....alhamdulillah..seriously sakit menanggung permastautinan jerawat tu. 

makin hari makin yakin dengan motto shaklee, Always green , Always safe and always works..yang penting.. KONSISTEN...  kat bawah ni testimoni saya sendiri..  bukan jerawat je hilang.. kulit pun makin improve dan cantik. puas hati :) 


Ingin tahu lebih lanjut boleh contact saya.. saya sedia membantu.

Thursday, January 15, 2015

Bila tayar tercucuk screw.....

Bila tayar tercucuk screw...alahai..macam mana nak buat ni.. xpernah pulak tukar tayar sendiri..nasib baik ada hero datang menenangkan hati..lalu tayar pun ditukar ganti...


senangnya dalam hati..kereta boleh bergerak kembali.. bolehlah tuan punya diri pergi branch shaklee nak beli vivix dan garlic complex untuk hero hati...

!! YeaY !!